PUISI KENANGAN
SELAMAT JALAN
Hati tertanya-tanya..Lidah berkata-berkata
Merenung cerita hambar dari bibir mu..
Kilas matamu yang jernih mengiyakan fakta..
Kau ingin pergi... Membawa diri.. menjauhi kami..
Jiwa melara..
memikirkan kekurangan yang bakal kami tempuhi
Kerana Kau adalah sebahagian dari kami
Kita berjuang mengorak langkah bersama-sama
Mengejar cita-cita... menerpa ke arah mercu jaya
Kekurangan kami adalah kekuranganmu
Kebahagian kami adalah kebahagianmu
Dan Kau sentiasa hadir mengimbangi segalanya
Agar kita bisa ketawa di menara kejayaan bersama-sama
Kini, pasti tanpamu di sisi, kami kan goyah
Jiwa meruntun...melepaskan dirimu amatlah payah
Ruang bahagianmu walau berganti takkan sama..
Jiwamu penuh keazaman yang mekar sentiasa
Kita wangi bersama dimusim bunga
Kita tandus kering bersama dimusim luruh
Kita berpelukan bersama dimusim salji
Kita saling berkipas bersama dimusim panas
Segalanya kan tersemat sebagai kenangan..

kenangan terindah
Janganlah kerana perpisahan ini Kau hilang terus
Hilang terus dari kami yang merasai ketiadaanmu
Biarlah jasad tiada.. namun hati tetap tertanya-tanya
Merindui mu yang pernah menjadi sebahagian dari bahtera
Kami doakan kejayaanmu kelak di lain bahtera
Agar kau terus tabah melalui segala ombak deras
Sesekali karam hanyalah lumrah
Teruslah mara di lautan berbatas
Lidah berkata-kata..

Ya Allah lindungilah dia..
Tunjukilah ia jalan yang lurus.. yang kau berkati
Agar kami bisa bersatu kembali untuk selamanya

Ketawa riang,
berkejar-kejaran..
berpelukan..
di syurga Mu nanti
Amin.. ya rabbil alamin...
Amin.. ya rabbil alamin...
No comments:
Post a Comment