Sunday, February 21, 2010

Kelas Tazkirah - 19 Feb 2010

Kelas Tazkirah Ustaz Najmi (Sabtu pagi)

Lewat tiba kelas. Gara-gara teman order 'krim puff' sampai 5 kotak! Takpelah tolong kawan.. kalau ikutkan mood.. malas terima tempahan time hadiri majlis ilmu ni.. sure 'terganggu' pengurusan masa :p siap doa.. lambatlah ustaz tu sampai.. hehe. Nak buat camner.. Allah makbulkan kot doa tu.. kereta ustaz rosak.. terpaksalah suami teman tu amik dia.. akibatnya kelas mula lambat.. jam 11:30 pagi. Dapatlah orang yang datang lambat ni dengar tazkirah ustaz tu ;)

Cuma yang tak syoknye, bila kita tiba je kat kelas, ayam mula berkokok.. lama gak dlm 5 minit bersambung-sambung. Ape penyakit ntah.. malunye.. dah ler lambat, ayam ni macam perli kita pulak.. sampai ustaz tu brenti ceramah sebentar.. pelik dengan ayam.. eeee

Kelas hari ni berkisar dengan halal.. jaga makan, jadi darah daging. Pas tu hati2 dapat makanan free, tengok siapa yang bagi. Kalau orang yang tak tentu arah 'wang'nye.. was2 haram.. baik janganlah makan. Ustaz pesan jangan suka sangat guna ayat 'sedekah' kat orang. Kita bukan nye peminta sedekah. Kata je lah saya hadiah.. saya belanja. kalau sedekah tu macam 'down grade' orang je.. seloroh ustaz. Terlupa nak bawa buku nota.. tak ingat dah ape ustaz citer panjang berjela.. next time Insya'Allah ;)

Monday, February 15, 2010

PUISI KENANGAN - PUAN ZARINA

PUISI KENANGAN
SELAMAT JALAN


PUISI UNTUK MU
Khas buat Puan Zarina Noordin
Nukilan – NS

Hati tertanya-tanya..Lidah berkata-berkata
Merenung cerita hambar dari bibir mu..
Kilas matamu yang jernih mengiyakan fakta..
Kau ingin pergi... Membawa diri.. menjauhi kami..

Jiwa melara..
memikirkan kekurangan yang bakal kami tempuhi
Kerana Kau adalah sebahagian dari kami
Kita berjuang mengorak langkah bersama-sama
Mengejar cita-cita... menerpa ke arah mercu jaya

Kekurangan kami adalah kekuranganmu
Kebahagian kami adalah kebahagianmu
Dan Kau sentiasa hadir mengimbangi segalanya
Agar kita bisa ketawa di menara kejayaan bersama-sama

Kini, pasti tanpamu di sisi, kami kan goyah
Jiwa meruntun...melepaskan dirimu amatlah payah
Ruang bahagianmu walau berganti takkan sama..
Jiwamu penuh keazaman yang mekar sentiasa

Kita wangi bersama dimusim bunga
Kita tandus kering bersama dimusim luruh
Kita berpelukan bersama dimusim salji
Kita saling berkipas bersama dimusim panas
Segalanya kan tersemat sebagai kenangan..
kenangan terindah

Janganlah kerana perpisahan ini Kau hilang terus
Hilang terus dari kami yang merasai ketiadaanmu
Biarlah jasad tiada.. namun hati tetap tertanya-tanya
Merindui mu yang pernah menjadi sebahagian dari bahtera

Kami doakan kejayaanmu kelak di lain bahtera
Agar kau terus tabah melalui segala ombak deras
Sesekali karam hanyalah lumrah
Teruslah mara di lautan berbatas

Lidah berkata-kata..
Ya Allah lindungilah dia..
Tunjukilah ia jalan yang lurus.. yang kau berkati
Agar kami bisa bersatu kembali untuk selamanya

Ketawa riang,
berkejar-kejaran..
berpelukan..
di syurga Mu nanti

Amin.. ya rabbil alamin...