MAJLIS SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ
PHARMANIAGA BUKIT RAJA
30 JULAI 2008
Israk Mikraj disambut meriah di Pharmaniaga Bukit Raja pada tahun ini. Rata-rata kakitangan muslim berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang telah diatur. Terima kasih yang tidak terhingga atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pengurusan bagi mengamarahkan lagi majlis Allah swt ini.
Encik Ramlan Abdul Rahman memulakan mukadimah sempena sambutan Israk Mikraj di Pharmaniaga Bukit Raja semalam. Beliau juga turut menyampaikan salam dari pihak Encik Mohamad Abdullah yang tidak dapat bersama kerana menjalankan tugas di Indonesia.
Ceramah beliau yang berkisarkan israk & mikraj begitu bersahaja, diselangseli dengan gurauan menggamatkan suasana.
Huraian perjalanan Rasulullah saw, jemputan Allah swt membandingkan dengan perjalanan angkawasan negara, membuatkan hadirin merenung akan perkara-perkara yang relatif kepada fakta-fakta saintifik dan kerohanian.
Dalam masa yang sama, perkara-perkara kehidupan seharian turut disentuh untuk para hadirin jadikan iktibar.
‘Ada seorang YB datang jumpa saya.. ustaz, ada tak ayat-ayat yang boleh buat orang dengar cakap saya? dalam meeting, dorang tak nak dengar cakap saya, melawan je ustaz’ ujar beliau memulakan celoteh. Sambung ustaz ‘kalau ada.. saya pun nak!’ disambut hangat gelak ketawa hadirin.
‘Solat!’ jawab ustaz. Asas segalanya. Solat-solat sunat sepertiga malam adalah jawapan yang terbaik untuk memohon, mengadu kepada Allah swt.
'Insya'Allah boleh buat orang gerun tengok kita'
Alhamdulillah, tidak kurang daripada 100 orang kakitangan yang hadir.
mewakafkan Al-Quran buat yang memerlukan.
memeriahkan lagi suasana majlis.

Siti Hajar ceria melariskan jualan di gerai amal bagi mengisi tabung surau.


Israk Mikraj selesai sudah,
terpahat dihati segala kenangan,
Harapan agar majlis agama menjadi amalan,
Modal insan mengisi ruang kerohanian,
Agar kakitangan bisa jalani kehidupan,
bersama tekad & kesabaran.
--tamat--
terpahat dihati segala kenangan,
Harapan agar majlis agama menjadi amalan,
Modal insan mengisi ruang kerohanian,
Agar kakitangan bisa jalani kehidupan,
bersama tekad & kesabaran.
--tamat--
No comments:
Post a Comment