Warga muslim pharmaniaga merasa amat bertuah kerana dapat bertemu YBhg Ustaz Kazim Elias pada tahun ini. 'Sejam dengar ustaz berucap tak cukup lah' antara keluhan hadirin setelah selesai majlis.
'Apabila kerja tidak sempurna, maka keluarga juga mungkin tidak sempurna, apabila kita bekerja jangan sampai ketinggalan dari memelihara keluarga'jelas YBhg Ustaz. Kedua-duanya mestilah seimbang. Betapa pentingnya kedua-duanya untuk kehidupan yang sejahtera.'Seorang wanita yang telah bersuami mestilah SOMBONG di tempat kerja' nasihat ustaz. 'Kalau kawan sekerja lelaki ajak pi lunch, jangan ikut sebab dah bersuami'jelas ustaz. Sikap ini perlu ditanamkan oleh semua wanita yang telah berkahwin bagi menjaga maruah diri dan mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.
Didalam pengambilan pekerja janganlah pilih kasih. Pengambilan pekerja haruslah berdasarkan keinginan seseorang yang mengharapkannya. Bukan pemilihan melalui 'kabel' kerana yang demikian akan menjadi punca rahmat Allah swt ditarik balik. 'Ada 40 orang apply, pi interview tapi yang dapat orang yang apply melalui kabel, adilkah?'
'Jangan putuskan silaturrahim' ujar ustaz. Segala cerita yang tidak ada kena mengena dengan kerja janganlah diperdebatkan di pejabat. Terutamanya dalam hal-hal politik. Ini hanya akan membazirkan waktu bekerja dan menjadikan pekerja kurang efisien dalam menggunakan waktu kerja. Walaupun demikian, janganlah keterlaluan menumpukan diri dalam bekerja. Ditakuti akan merosakkan institusi kekeluargaan. Allah peruntukkan masa siang untuk cari rezeki (kerja), masa malam untuk rehat (bersama keluarga).

'Rasanya saya datang ke pharmaniaga ni tahun lepas, dah setahun... maknanya setahun sekali lah.. Hmm lepas ni tahun 2010 lah pulak kan?!' seloroh YBhg Ustaz disusuli dengan gelak tawa para hadirin.

