SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1430
26 MAC 2009 bersamaan 29 R'AWAL 1430
KAFETARIA PHARMANIAGA BUKIT RAJA
Saudara Musa (warehouse) mengetuai selawat ke atas nabi
Penceramah undangan istimewa kali ini adalah Tuan Haji Hushim Salleh. Merupakan salah seorang pakar motivasi yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau menyorot kembali sejarah Rasulullah saw. Beliau turut mengulangi pesanan-pesanan terakhir Rasulullah saw sebelum baginda wafat.
Saat yang mencuit hati.. Yusof dari CCD di ajak berpelukan oleh Tuan Haji. Satu budaya yang perlu diamalkan bagi mengeratkan lagi perasaan kasih sayang sesama insan. 'Balik.. peluk ibu bapa' nasihat Tuan Haji.
Jualan amal tabung surau turut memeriahkan lagi suasana sambutan.
busana muslim, minyak wangi halal dan lain-lain dijual dengan harga yang berpatutan

majlis diteruskan dengan bacaan Yasin dan tahlil untuk anak lelaki saudara Fahrul (CCD) yang baru meninggal dunia pada 17 Mac 2009.
KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan,
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,
maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,
dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu.
Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu.
Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.
Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal soleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung-jawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lagi agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku
dari mereka yang terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu
kepada hamba-hambaMU.
Warga menjamu selera setelah selesai upacara solat hajat memohon keberkatan dan dipermudahkan urusan warga muslim pharmaniaga dalam segala urusan dunia dan akhirah insya'Allah.
KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH SAW
PADA 9HB ZULHIJJAH
TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, GUNUNG ARAFAH

--sekian--