MAJLIS TAHLIL, BACAAN YASIN
& TAZKIRAH
23 SAFAR 1430 (19 FEBRUARI 2009) KHAMIS
SURAU PHARMANIAGA BUKIT RAJA
membaca surah yasin dan tahlil


yang hanya diadakan sebulan sekali di premis syarikat.
Semoga keluarga mereka yang hadir mendapat rahmat Allah swt. Amin.





Bagi yang belum berumahtangga, banyak tips yang dikongsi didalam pemilihan pasangan yang sesuai untuk dunia dan akhirat. 'Jodoh.. cepat, lambat, jauh, dekat.. tu semua kehendak Allah' ujar ustaz.
Warga muslim Pharmaniaga sepatutnya merasa bertuah kerana diberi kesempatan oleh Allah swt diberi peluang mendengar tazkirah dari Ustaz Suhaimi yang sebenarnya senantiasa sibuk dengan urusan rasmi JAIS. Di harap ramai lagi warga yang akan menyertai tazkirah beliau pada masa akan datang selagi diizinkanNya.
Tazkirah ini juga bagaikan sebuah 'Klinik Rohani' untuk semua. Jadikan ianya landasan untuk membimbing kerohanian kita bersama. Ustaz Suhaimi turut berpesan, kepada warga Pharmaniaga yang mempunyai sebarang masalah berkenaan dengan hal-hal kerohanian kekeluargaan/peribadi bolehlah bertanya ketika beliau berada di Pharmaniaga. Ini adalah satu peluang keemasan untuk warga Pharmaniaga, tidak perlu membayar untuk konsultansi. Hanya perlu hadir ke majlis tazkirah untuk mendapatkan konsultansi percuma. Jika anda berasa malu, sila hubungi saudari Norita untuk urusan selanjutnya.
Tazkirah ustaz Suhaini akan disambung pada bulan hadapan (29 Rabiulawal)Insya'Allah.
Sekian. Wassalam.