KAFETARIA PHARMANIAGA BUKIT RAJA
Pengorbanan Sayidina Ali mempertaruhkan nyawa beliau sewaktu cubaan untuk membunuh Rasulullah saw oleh puak kafir Quraish turut diperdengarkan. Bagaimana Sayidina Ali yang masih kecil itu sanggup menggantikan Rasulullah saw tidur di dalam selimut apabila dikepung oleh puak kafirin.
Ketika Sayidina Ali menjadi khalifah beliau ditanya mengapa beliau berbuat demikian. Beliau menjawab jika aku yang dibunuh, aku sahaja yang mati, tetapi jika Rasulullah saw terbunuh, bukan sahaja baginda yang mati, termasuklah kita semua...
"Balik check keluarga anda.. isteri, anak-anak.. adakah mereka 'Nas' atau 'Insan'. Jika 'Nas' jangan harap akan keamanan, kebahagiaan, ketenangan.." kata YBhg Dato. Beliau menasihati semua agar bersungguh-sungguh mengoreksi diri dan keluarga agar menjadi manusia 'Insan' tenteram dunia dan tenteram akhirat.
'Jangan hampiri benda-benda yang haram!' ujar YBhg Dato.
Antara yang disebut adalah zina, rasuah dan judi.
Warga muslim juga turut dipertontonkan layar imbasan program-program surau yang telah berlangsung di premis Pharmaniaga Bukit Raja sepanjang tahun 2008.
Pengerusi Jawatankuasa Encik Mazlan Maulud mengumumkan pengumpulan Tabung Prihatin Palestin yang telah dilancarkan pada 12 Januari 2009 (15 Muharam 1430) lalu telahpun mencecah lebih daripada RM2,000 dalam masa seminggu sahaja. Alhamdulillah...
YBhg Dato Hassan Din sedih dengan keadaan umat islam sekarang yang ramai bilangannya tetapi tidak mampu bersatu untuk menentang kekejaman yahudi yang kecil jumlah bilangannya.
Benarlah sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang berbunyi..
“Umatku di akhir zaman adalah umpama buih dilautan namun kalian dijangkiti sifat al-wahnu cintakan dunia, takutkan mati)",
Seperti buih yang apabila datang ombak berkecailah ia, begitu jugalah umat Islam. Umat Islam berpecah belah serta mudah dipermainkan oleh musuh Islam. Oleh itu,marilah kita sama-sama merenung keadaan umat Islam dan juga ekonomi umat Islam khususnya.
YBhg Ustaz Dato Hassan Din Al Hafiz turut mengimamkan solat hajat untuk keamanan Palestin dan keutuhan syarikat Pharmaniaga dalam menempuhi liku-liku ekonomi yang tidak menentu. Warga bertafakur sejenak.. tiada yang diharapkan melainkan belas Yang Maha Esa..Empunya Segalanya. Amin Ya Rabbul Alamin...
YBhg Dato Ustaz Abu Hassan Din Al Hafiz menikmati jamuan makan malam bersama-sama Pengarah Urusan Pharmaniaga, Encik Mohamad Abdullah, Encik Ramlan Abdul Rahman (Ketua Bahagian Kewangan Korporat) dan Encik Errman Zuhady Zainal (Ketua Bahagian Pembangunan Organisasi).
Diharap segala mesej yang telah beliau kongsikan bersama mendapat manfaat buat semua yang hadir.
SATU MUHARRAM
Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun bulan Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
~
Atas keyakinan dan iman yg teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
~
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah membentuk perpaduan
Hijrah membentuk persaudaraan
~
Oleh itu mari semua kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman