MAJLIS IBADAH KORBAN
SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN AIDIL ADHA 1429
10 DISEMBER 2008
Buat pertama kalinya majlis ibadah korban diadakan di premis Pharmaniaga Bukit Raja. Seramai 16 orang kakitangan yang mengambil bahagian. Sebanyak 4 ekor lembu bakal dikorbankan.
4 ekor lembu selamat tiba di perkarangan belakang
lab Pharmaniaga Bukit Raja
Seekor demi seekor diturunkan dari lori
Ditambat sementara menunggu hari esok
Upacara penumbangan lembu. Seawal dari jam 8 pagi seramai 60 kakitangan turun meraikan majlis. Alhamdulillah.. langit cerah, tidak seperti hari-hari yang sebelumnya dilanda hujan. Beraneka hidangan sarapan pagi (home made) turut disumbangkan oleh para kakitangan yang hadir.
Kakitangan dari pelbagai bahagian saling bekerjasama
memastikan majlis berjalan dengan lancar.'Tariiiiiiiikk...!' aktiviti yang sebelum ini tidak pernah dirasai di Pharmaniaga sememangnya berjaya memberi semangat baru dalam pembentukan ke arah muafakat sesama insan
'Allahu Akbar Allah.. hu Akbar Allah hu Akbar...........'
Syahdu mendengarkan takbir dibaca beramai-ramai
Syahdu mendengarkan takbir dibaca beramai-ramai
sewaktu upacara penyembelihan dimulakan













daging korban kepada Rumah Anak-anak Yatim & Miskin di Sg Pinang, Batu 1, Jalan Kapar, Klang, Selangor
Kakitangan mengambil bahagian mereka menggunakan kupon yang disediakan oleh pihak Jawatankuasa surau

Alam seperti memahami kepanasan insan-insan selepas bekerja , hujan renyai mula membasahi bumi memberikan kedinginan yang nyaman.. Alhamdulillah.
Daging korban masak kicap.. membangkitkan selera
'tambah lagi nasi... jangan malu-malu' ujar Salmi (COO's office)
Setelah berpenat lelah mengembeleng tenaga, tiada yang lebih menyenangkan hati pabila dapat merasai sendiri nikmat usaha pengorbanan yang dilakukan bersama-sama pada hari itu.



Syiarmu ya Rasulullah ternyata bertakhta di sini,
Mengingati pengorbanan ayahanda Nabi Ibrahim antara bukti,
CahayaMu mula tersulam di hati,
Rahmat HidayahMu kami dambakan, mohon direstui..
Amin
TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PENGURUSAN SYARIKAT
YANG MEMBERIKAN LALUAN MAJLIS INI DIJALANKAN DI PREMIS
PHARMANIAGA.. SEMOGA TAHUN DEPAN KITA BERJUMPA LAGI.. INSYA'ALLAH.