Friday, September 26, 2008

MAJLIS TAZKIRAH KE 4 - 25 SEPTEMBER 2008

MAJLIS TAZKIRAH RAMADHAN KE 4
25 SEPTEMBER 2008
SURAU PHARMANIAGA BUKIT RAJA

Kakitangan Pharmaniaga Bukit Raja kali ini amat bertuah kerana penceramah undangan kali ini adalah seorang penceramah bebas yang terkenal dikalangan para ahli motivasi di Malaysia. Beliau adalah Tuan Haji Husyim Bin Salleh. Beliau banyak menghasilkan buku-buku dan VCDs ilmiah yang menjurus kepada kasih sayang kekeluargaan.
Tuan Haji Husyim amat menekankan soal perpaduan di kalangan muslimin. 'Kita patut bersyukur kerana di Malaysia, kita dapat menjalankan ibadah dengan bebas, tidak seperti orang-orang islam di negara lain.. semoga kita dapat terus mengekalkan keadaan ini sampai bila-bila' terang beliau bersungguh-sungguh.

Seperti ceramah yang sebelumnya, Tuan Haji Husyim juga amat menitikberatkan ibadah solat. Tiadalah guna berpuasa jika tiada solat. Imam Ahmad mengatakan jika seseorang muslim meninggalkan solat, beliau telah kafir! Manakala jumhur ulamak mekah pula mengatakan orang-orang yang meninggalkan solat adalah fasik!
Bertaubatlah kepada Allah. Ambillah kesempatan bertaubat dengan bersungguh-sungguh di malam-malam terakhir Ramadhan. Beliau menyarankan agar bersolat Tahajud dahulu, disusuli dengan solat taubat, kemudian solat hajat dan diakhiri dengan tasbih dan witir.

Isu-isu keruntuhan akhlak orang-orang islam di Malaysia juga turut dibentangkan oleh beliau. Beliau menasihati ibubapa semua agar menekankan ibadah solat kepada anak-anak. 'Allah swt berfirman, kita lah yang akan mencorakkan anak kita itu samada menjadi nasrani, yahudi atau majusi' Jagalah pakaian mereka, jangan biarkan mereka memakai pakaian yang ketat-ketat yang banyak diamalkan oleh anak-anak orang islam sekarang. 'Banyak maksiat bermaharajalela kini... banyak anak-anak haram dilahirkan!' Beliau sedih dengan keadaan sekarang, di mana ramai orang-orang islam yang sudah tidak ambil endah soal halal haram.

Buku-buku terbitan beliau juga dijual dengan harga diskaun pada majlis tersebut.

--sekian--

Friday, September 19, 2008

MAJLIS TAZKIRAH RAMADHAN KE 3 - 18 SEPTEMBER 2008

MAJLIS TAZKIRAH
SEMPENA RAMADHAN KE - 3
18 SEPTEMBER 2008
SURAU PHARMANIAGA BUKIT RAJA

YBerbahagia Ustaz Suhaini Abdul Wakid dari JAIS berceramah dengan gaya beliau yang bersahaja. Beliau telah mula memberi tazkirah bulanan di Pharmaniaga Bukit Raja sejak tahun 2006.

Ceramah beliau sentiasa di selangseli dengan gurauan.
Antara nasihat ustaz, hendaklah menjauhi 4 perkara.
Jangan Menipu, Jangan Mengumpat, Jangan Mengadu domba
dan Jangan Buat Sumpah Palsu.
'Allah suka orang-orang yang bertakwa,
bertakwa hadiahnya adalah syurga' kata ustaz.



--Sekian--

Friday, September 12, 2008

MAJLIS TAZKIRAH RAMADHAN KE 2 - 11 SEPTEMBER 2008

MAJLIS TAZKIRAH RAMADHAN KE 2
11 SEPTEMBER 2008
1 PETANG BERTEMPAT DI SURAU
PHARMANIAGA BUKIT RAJA

USTAZ JEMPUTAN KALI INI ADALAH
YBERBAHAGIA USTAZ ABDUL RAHMAN BIN ABDUL RANI
PENSYARAH UITM SHAH ALAM

CERAMAH BELIAU BERKISARKAN AMALAN-AMALAN DI BULAN PUASA. 'SIAPA AJAR BACA DOA KETIKA AZAN? KITA KAN DINASIHATKAN BERBUKA DENGAN SEGERA, DOA HENDAKLAH DIBACA SEBELUM AZAN, BILA DENGAR AZAN BACA BISMILLAH, TERUS MAKAN ' UJAR USTAZ
'LELAKI JANGAN MERENUNG PEREMPUAN BUKAN MAHRAM... DOSA! BUKAN HANYA DI BULAN PUASA JE, JAGA MATA JANGAN TENGOK BENDA-BENDA YANG HARAM'
BANYAK INFORMASI YANG DIPEROLEHI DARI USTAZ ABDUL RAHMAN BUAT PENGAJARAN DAN PANDUAN BAGI SEMUA KAKITANGAN YANG HADIR.

ALHAMDULILLAH, BILANGAN KAKITANGAN
MENYERTAI TAZKIRAH KE 2 BERTAMBAH DARI YANG SEBELUMNYA. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG HADIR.
--SEKIAN--

Thursday, September 11, 2008

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA
ANAK-ANAK YATIM DAMAI KUANG
5 SEPTEMBER 2008
DI PHARMANIAGA BUKIT RAJA
"Tolong kami bantu kami...Anak-anak yatim piatu
Hidup kami dalam dunia Tak berbapa tak beribu
Aduhai insan-insani tolonglah kami
Allah akan beri rahmat Dari dunia ke akhirat
Tolong kami bantu kami Anak-anak yatim piatu
Kalau tuan hati mulia Bantu kami yatim piatu
Agar dapat kami rasa Nikmat hidup di dunia
Seperti anak yang punya ibu dan bapa
Allah tidak akan lupa
Pada orang yang menderma
Kalau tuan hati mulia
Bantu kami dengan rela"
lagu oleh Allahyarham P. Ramlee
Sayu bila mendengarkan nyanyian di atas, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Alhamdulillah, atas dasar prihatin dengan hamba-hamba Allah yang kurang bernasib baik, pihak CCD Pharmaniaga berasa terpanggil mengadakan Majlis Berbuka Berbuka puasa dan Program Anak Angkat bersama anak-anak yatim dengan kerjasama HR dan Jawatankuasa surau di Pharmaniaga Bukit Raja.
Saat yang dinantikan, ketibaan lebih kurang 32 orang anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Damai Kuang, Rawang, Selangor. Kanak-kanak dari usia 4 tahun hingga lah ke 12 tahun. Warga-warga pharmaniaga menyambut kedatangan mereka dengan penuh Kemesraan. Airmata sempat tergenang menyedari akan kekurangan para si kecil yang tiada merasai belaian kasih sayang ibu dan bapa.
Masing-masing menunggu dengan penuh harapan agar dapat menumpang sebentar kasih sayang dari bakal keluarga angkat. Inilah pertama kali program keluarga anak angkat di alami oleh mereka. Berbagai-bagai persoalan bermain di fikiran. Yang pasti mereka bakal menerima pengalaman baru.
Kebanyakannya diam dan tersenyum. Di dalam hati mereka... siapalah yang tahu. Hanya Allah swt jua lah yang Maha Mengetahui apa yang telah mereka lalui sehingga mereka terpaksa mendiami Rumah Anak-anak Yatim Damai Kuang. Salah seorang warga Pharmaniaga, Puan Norazlina Hashim mengalirkan airmata sewaktu berbual dengan mereka...hiba menatap wajah mereka.
Masing-masing mengambil tempat untuk acara penyerahan keluarga angkat. Kemudian disusuli pula dengan ceramah agama, berbuka ringan dan solat maghrib (MAAF, tiada foto).
Bersolat terawih bersama... tercuit hati pabila kedengaran suara-suara si kecil sama-sama mengaminkan solat.

Ramai juga jemaah wanita yang hadir. Ada yang membawa
bekalan kuih-muih dari rumah untuk dijamu bersama-sama semasa berbuka..Alhamdulillah.

Tangan ditadah sejurus imam membacakan doa.
Ntah apa lah yang terkandung di dalam fikiran anak yatim ini?
Yang pastinya mereka amat gembira kerana jemputan pihak Pharmaniaga.


Bersama-samalah kita mensyukuri segala nikmat sementara dunia yang diberi oleh Nya.

'Nak makan apa.. ambil je dik.. hari ni pakcik belanja!' seloroh Encik Bahar (MEU) melayani anak-anak yatim.

Warga Pharmaniaga yang hadir menggamatkan lagi suasana

'Wow! mana aci, dia ambil lauk sampai 2!' usik Yazid.

'Berbaris gi belakang ya...' Kak Mariah salah seorang jawatankuasa Surau yang bertanggungjawab menguruskan penyediaan makanan dalam semua program-program surau.
Antara kakitangan warehouse yang hadir

En. Mohamad Abdullah, Mazlan, En. Errman, En. Fahrul, En. Andrew, dan ustaz undangan menikmati hidangan berbuka puasa.
Hiasan venue di buat bersama-sama oleh CCD, HR, Jawatankuasa surau & keluarga2 angkat.


Anak-anak En. Mohamad turut tidak ketinggalan menghadiri majlis.

Anak-anak yatim menikmati juadah. Keriangan
jelas terukir di wajah mereka.
Kakitangan-kakitangan wanita dari berbagai jabatan

Jarang makan bersila di kantin pejabat... kelainan terasa sambil berukhwah. Majlis berakhir pada pukul 10:30 malam. Semua anak-anak yatim pulang bersama keluarga angkat masing-masing. Mereka semua akan dihantar pulang ke Rumah Anak Yatim Damai Kuang pada 7 September 2008 (Ahad) sebelum Asar.
--SEKIAN--

Friday, September 5, 2008

MAJLIS TAZKIRAH RAMADHAN PERTAMA - 4/9/0I8

MAJLIS TAZKIRAH
RAMADHAN
9 RAMADHAN 1429
ALHAMDULILLAH...

Lebih kurang 100 orang kakitangan muslim berkumpul pada tazkirah Ramadhan buat pertama kali dianjurkan di Pharmaniaga Bukit Raja.

YBerbahagia Ustaz Nazri menggantikan Ustaz Suhaini kerana urusan kerja yang tidak dapat dielakkan. Ini adalah kali ke 2 beliau berceramah di Pharmaniaga. Beliau mempunyai dua buah gerai makan di seksyen 7. Beliau masih melanjutkan pelajaran dan mempunyai 10 orang
anak. Antaranya sudahpun berada di menara gading.

‘Bulan puasa cuti… Allah beri 12 bulan, 11 bulan dah bertungkus lumus berniaga mencari rezki… apalah salahnya saya ambil 1 bulan cuti… tumpu perhatian sepenuhnya kepada segala ibadah di bulan Ramadhan’ujar beliau sebelum memulakan ceramah
yang bertajuk Sifat-sifat Terpuji.

‘Perlu ikhlas di dalam ibadah berpuasa semata-mata kerana Allah swt. Segala kemungkaran hendaklah ditinggalkan… wanita janganlah mendedahkan aurat seperti memakai kain belah.. lelaki jaga mata. Jangan menghampiri perbuatan ke arah zina…’ tambah beliau.

Dalam hal berbuka puasa, ustaz menasihatkan agar Jangan Membazir dalam persediaan juadah berbuka. ‘Contoh anak saya.. Alhamdulillah Allah bagi dia 10 jari je, balik
dari pasar semua jari sangkut plastik! Siap gigit lagi! Masa berbuka tak habis pun… membazir…nafsu kenalah kawal’

Ajar anak-anak berpuasa.. anak saya yang kecil, 1 hari berpuasa saya bagi seringgit.. komplen nak 2 ringgit macam kakak abang. Saya kata kamu kecik lagi, dia kata ‘Mana boleh Bah, harga barang naik! Lagipun beli barang sama’ dahsyat budak-budak sekarang’. Ustaz juga menasihati supaya sentiasa ambil tahu akan gerak-geri anak-anak,‘check handphone mereka selalu.. banyak kes melibatkan anak-anak’

Ustaz juga menggalakkan kita supaya banyak berdoa di bulan yang mulia ini.Perbanyakkan berdoa akan doa-doa yang belum dimakbulkan kerana peluang lebih besar di bulan Ramadhan. Para kakitangan juga tidak ketinggalan mendengar cerita ustaz mengenai seorang budak perempuan yang kudung. (Nak tahu? Tanyalah kepada yang hadir..)

Ustaz menerangkan adab berdoa, pertama pujilah Allah, ke dua berselawatlah ke atas nabi saw, ke tiga mulakan berdoa (dengan nada yang lembut) dan terakhir tutup ia dengan banyak memujiNya dan berselawat ke atas nabi.
Sekian... jangan ketinggalan menghadiri tazkirah Ramadhan yang ke 2 pada minggu hadapan (Khamis, 11/09/2008)

Tuesday, September 2, 2008

MAJLIS BACA YASIN, TAHLIL & TAZKIRAH

MAJLIS BACAAN YASIN,
TAHLIL & TAZKIRAH
28 OGOS 2008

Yg Berbahagia Ustaz Suhaini (JAIS) di dalam tazkirah
beliau kali ini menerangkan informasi yang
berkaitan dengan Ramadhan.
Di harap dapat mengambil iktibar di atas segala saranan
ustaz bagi dibuat bekalan dalam menjalankan ibadah puasa
dengan penuh pengertian.

Semoga kaum Adam Pharmaniaga Bukit Raja yang lain
dapat menghadirkan diri bersama-sama mengamarahkan
majlis tazkirah akan datang.

Terima kasih buat semua yang sudi hadir.
Semoga kehadiran para jemaah mendapat
keberkatan dan redha Nya. Amin.